Monday 3 October 2016

Ketahuilah Saiz Kasut Futsal Anda

Assalamualaikum semua! Pada hari yang mulia ini saya ingin memberikan anda sedikit nasihat untuk memilih saiz kasut futsal anda tanpa perlu pergi ke kedai.

Carta saiz kasut futsal:



Berdasarkan gambarajah diatas, ia menunjukkan carta saiz kasut futsal. Seperti yang saya katakan sebelum ini, terdapat 4 jenis bahan kasut yang berbeza iaitu kulit, kulit sintetik, sintetik, dan mesh/kain. Setiap bahan mempunyai ciri - ciri yang berlainan. Oleh itu, anda perlu mahir dalam bahagian ini untuk memilih saiz kasut futsal anda dengan tepat.

Pertama sekali, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada kulit, anda tidak boleh memilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana ia amatlah berbeza kerana setiap kasut futsal mempunyai saiz yang berlainan. Untuk kasut futsal jenis kulit, anda perlu pilih kasut futsal yang turun 0.5cm dari saiz asal anda dan kadang - kadang bagi setengah kasut kulit yang lain, anda perlu menurunkan saiz anda sehingga 1cm. Sekiranya anda gagal untuk mematuhi peraturan itu dan anda akan mengalami kerugian yang besar kerana kasut futsal anda akan kembang melebihi saiz anda dan akan membuat anda berasa tidak selesa.

Kedua, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada kulit sintetik, anda boleh pilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana kasut futsal kulit sintetik merupakan campuran antara sintetik dan kulit di mana ia mempunyai spesifikasi yang seimbang dan fleksibel. Sekiranya anda memilih kasut futsal jenis kulit sintetik turun 0.5cm dari saiz anda, kasut itu akan ketat dengan kaki anda dan akan membuat anda rasa tidak selesa. Manakala, sekiranya anda memilih saiz 0.5cm lebih tinggi, kasut itu akan longgar dengan anda. Oleh itu anda perlu pandai memilih saiz dengan tepat.

Ketiga, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada sintetik, anda boleh pilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana ciri - ciri kasut sintetik lebih kurang sama dengan kasut kulit sintetik. Tetapi, kadang - kadang, ada juga kasut sintetik yang ketat apabila pengguna tersebut memilih saiz yang dia selalu guna kerana ada sesetengah kasut sintetik, penggunanya perlu memilih saiz 0.5cm lebih tinggi dari asal mereka supaya kasut itu muat dengan mereka.

Akhir sekali, untuk kasut futsal jenis mesh/kain anda tidak boleh memilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana ia mempunyai saiz yang berbeza. Untuk kasut jenis ini, pengguna hendaklah menurunkan saiz mereka seperti kasut kulit ianya kerana untuk mengelak daripada membeli kasut yang akan kembang melebihi saiz anda. 




No comments:

Post a Comment