Monday 3 October 2016

Sebab Perlunya Memakai Kasut Futsal Ketika Bermain Futsal

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya! Pada hari ini saya ingin mengambil sedikit masa anda untuk bercerita tentang sebab - sebab perlunya memakai kasut futsal ketika bermain futsal kerana seperti mana yang kita lihat pada zaman ini, ramai orang gemar memakai kasut jogging atau dikenali sebagai running shoes ketika bermain futsal. 

Pada pendapat saya, kasut jogging atau running shoes tidak sesuai dipakai ketika anda mahu bermain futsal. Terdapat beberapa sebab mengapa saya berkata sedemikian. Ianya kerana kasut jogging boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada si pemakai. 



Kecederaan yang boleh dialami oleh si pemakai sekiranya beliau memakai kasut jogging atau running shoes ketika bermain futsal ialah, beliau mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Ini kerana kasut jogging atau kasut running mempunyai kurang daya sokongan untuk mengubah pusingan dan kasut jogging atau kasut running juga merupakan kasut yang kurang responsif jika dibandingkan dengan kasut futsal.

Kecederaan ini berlaku kerana futsal adalah permainan yang memerlukan banyak pusingan dan sekiranya kasut yang dipakai oleh seseorang itu bukannya kasut futsal, maka kasut tersebut adalah tidak sesuai.  Oleh itu, demi kebaikan diri sendiri, saya ingin menasihatkan para pemain futsal sekalian untuk membeli kasut futsal demi menyelamatkan diri sendiri dari dibelenggu kecederaan. 

No comments:

Post a Comment