Monday 3 October 2016

Sebab Perlunya Memakai Kasut Futsal Ketika Bermain Futsal

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya! Pada hari ini saya ingin mengambil sedikit masa anda untuk bercerita tentang sebab - sebab perlunya memakai kasut futsal ketika bermain futsal kerana seperti mana yang kita lihat pada zaman ini, ramai orang gemar memakai kasut jogging atau dikenali sebagai running shoes ketika bermain futsal. 

Pada pendapat saya, kasut jogging atau running shoes tidak sesuai dipakai ketika anda mahu bermain futsal. Terdapat beberapa sebab mengapa saya berkata sedemikian. Ianya kerana kasut jogging boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada si pemakai. 



Kecederaan yang boleh dialami oleh si pemakai sekiranya beliau memakai kasut jogging atau running shoes ketika bermain futsal ialah, beliau mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Ini kerana kasut jogging atau kasut running mempunyai kurang daya sokongan untuk mengubah pusingan dan kasut jogging atau kasut running juga merupakan kasut yang kurang responsif jika dibandingkan dengan kasut futsal.

Kecederaan ini berlaku kerana futsal adalah permainan yang memerlukan banyak pusingan dan sekiranya kasut yang dipakai oleh seseorang itu bukannya kasut futsal, maka kasut tersebut adalah tidak sesuai.  Oleh itu, demi kebaikan diri sendiri, saya ingin menasihatkan para pemain futsal sekalian untuk membeli kasut futsal demi menyelamatkan diri sendiri dari dibelenggu kecederaan. 

Cara Penjagaan Kasut

Assalamualaikum semua! Pada hari ini yang indah ini saya ingin memberitahu anda tentang cara penjagaan kasut futsal untuk kaki futsal di luar sana. Untuk menjamin kasut anda berada dalam kondisi yang baik, anda perlu menyediakan barang - barang seperti dalam senarai dibawah:

1. Kain basah.
2. Kain kering.
3. Gel silika.
4. Spring kasut.
5. Kiwi kasut.
6. Kotak kasut.

Pertama, untuk mengelakkan kasut anda dari berbau selepas bermain futsal, anda dikehendaki memakai stokin. Pakailah stokin yang mahal kerana ia menyerap lebih banyak peluh daripada stokin yang murah. 

Kedua, selepas habis bermain futsal, anda dikehendaki untuk menggunakan kain basah untuk mengelap kasut futsal anda. Lap seluruh kasut termasuk tapaknya sekali. Untuk keringkan kasut anda, anda boleh membiarkan untuk kering di kawasan bersuhu bilik ataupun anda boleh mengelapnya menggunakan kain kering. Elakkan dari menjemur kasut anda di bawah cahaya matahari atau menggunakan alat pengering kerana ia akan menyebabkan kasut anda menjadi longgar dan tapak kasut anda akan tercabut.

Ketiga, untuk mengelakkan kasut anda dari berbau selepas dilap menggunakan kain basah, anda perlu meletakkan 2 gel silika. Fungsi gel silika adalah untuk menyerap kelembapan yang terdapat di dalam kasut. Gel silika tersebut boleh didapati di dalam kotak kasut futsal anda.

Keempat, sambil menunggu untuk gel silika tersebut untuk menyerap kelembapan, anda perlu menggunakan spring kasut untuk mengekalkan bentuk kasut anda. Spring kasut boleh didapati di mana - mana kedai sukan. Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk menjumpai spring kasut, anda boleh menggunakan kertas surat khabar. 

Kelima, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada kulit, anda dikehendaki untuk menggunakan kiwi kasut untuk mengekalkan warnanya. Fungsi kiwi kasut adalah untuk melembapkan kulit kasut anda dan untuk mengelakkan kasut futsal anda daripada mereput. 

Keenam, setelah anda telah mengikut semua langkah - langkah penjagaan kasut, untuk langkah yang terakhir, anda boleh meletakkan kasut anda di dalam kotak asalnya ataupun anda boleh meletakkannya di rak kasut supaya ia sentiasa berasa dalam keadaan yang tersusun.

Ketahuilah Saiz Kasut Futsal Anda

Assalamualaikum semua! Pada hari yang mulia ini saya ingin memberikan anda sedikit nasihat untuk memilih saiz kasut futsal anda tanpa perlu pergi ke kedai.

Carta saiz kasut futsal:



Berdasarkan gambarajah diatas, ia menunjukkan carta saiz kasut futsal. Seperti yang saya katakan sebelum ini, terdapat 4 jenis bahan kasut yang berbeza iaitu kulit, kulit sintetik, sintetik, dan mesh/kain. Setiap bahan mempunyai ciri - ciri yang berlainan. Oleh itu, anda perlu mahir dalam bahagian ini untuk memilih saiz kasut futsal anda dengan tepat.

Pertama sekali, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada kulit, anda tidak boleh memilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana ia amatlah berbeza kerana setiap kasut futsal mempunyai saiz yang berlainan. Untuk kasut futsal jenis kulit, anda perlu pilih kasut futsal yang turun 0.5cm dari saiz asal anda dan kadang - kadang bagi setengah kasut kulit yang lain, anda perlu menurunkan saiz anda sehingga 1cm. Sekiranya anda gagal untuk mematuhi peraturan itu dan anda akan mengalami kerugian yang besar kerana kasut futsal anda akan kembang melebihi saiz anda dan akan membuat anda berasa tidak selesa.

Kedua, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada kulit sintetik, anda boleh pilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana kasut futsal kulit sintetik merupakan campuran antara sintetik dan kulit di mana ia mempunyai spesifikasi yang seimbang dan fleksibel. Sekiranya anda memilih kasut futsal jenis kulit sintetik turun 0.5cm dari saiz anda, kasut itu akan ketat dengan kaki anda dan akan membuat anda rasa tidak selesa. Manakala, sekiranya anda memilih saiz 0.5cm lebih tinggi, kasut itu akan longgar dengan anda. Oleh itu anda perlu pandai memilih saiz dengan tepat.

Ketiga, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada sintetik, anda boleh pilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana ciri - ciri kasut sintetik lebih kurang sama dengan kasut kulit sintetik. Tetapi, kadang - kadang, ada juga kasut sintetik yang ketat apabila pengguna tersebut memilih saiz yang dia selalu guna kerana ada sesetengah kasut sintetik, penggunanya perlu memilih saiz 0.5cm lebih tinggi dari asal mereka supaya kasut itu muat dengan mereka.

Akhir sekali, untuk kasut futsal jenis mesh/kain anda tidak boleh memilih saiz anda seperti mana anda pilih kasut futsal anda yang sebelum ini kerana ia mempunyai saiz yang berbeza. Untuk kasut jenis ini, pengguna hendaklah menurunkan saiz mereka seperti kasut kulit ianya kerana untuk mengelak daripada membeli kasut yang akan kembang melebihi saiz anda. 




Kenali Bahan & Ketahanan Kasut Futsal Anda

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada hari ini saya ingin mencurahkan sedikit ilmu kepada anda tentang bahan yang digunakan untuk membuat kasut futsal dan daya ketahanannya. 


1. Kulit (Model Kasut: Asics Destaque 6K)



Kebanyakan jenama - jenama yang besar seperti Adidas, Nike, Asics dan lain - lain membuat kasut kasut mereka daripada kulit. Terdapat pelbagai jenis kulit yang digunakan untuk membuat kasut futsal. Antaranya ialah, kulit anak lembu, kulit kambing, kulit badak, kulit kangaroo dan lain - lain. Tujuan syarikat - syarikat ini membuat kasut mereka daripada kulit adalah untuk memberi pengguna mereka rasa keselesaan yang semula jadi. Walau bagaimanapun, kasut futsal yang diperbuat daripada kulit tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan lebih cepat rosak kalau dibandingkan dengan bahan yang lain.

2. Kulit Sintetik (Model Kasut: Penalty Esquiva)



Banyak syarikat - syarikat besar kini menyediakan kasut futsal yang diperbuat daripada kulit sintetik. Ianya kerana kasut yang diperbuat daripada kulit sintetik lebih murah untuk dikeluarkan. Justeru, ia juga dapat mengurangkan kos syarikat untuk membuat kasut tersebut. Jika dilihat dengan mata kasar, memang sukar untuk membezakan kasut yang diperbuat daripada kulit dengan kasut yang diperbuat daripada kulit sintetik melainkan seseorang itu cuba untuk memakai kasut tersebut. Tujuan syarikat - syarikat tersebut membuat kasut mereka daripada kulit sintetik adalah untuk memberi pengguna mereka kepuasan apabila mereka memakai kasut tersebut kerana rasanya apabila dipakai tidak jauh beza dari memakai kasut yang diperbuat daripada kulit. Tambahan pula, kasut yang diperbuat daripada kulit sintetik adalah kalis air dan ia mempunyai daya ketahanan yang tinggi jika ia dibandingkan dengan kasut futsal yang diperbuat daripada kulit. 

3. Sintetik (Model Kasut: Hummel Aerato)



Selain kulit dan kulit sintetik, syarikat - syarikat seperti Hummel, Desporte, Nike, dan lain - lain juga ada mengeluarkan kasut futsal yang diperbuat daripada sintetik. Walaupun ianya berbunyi lebih kurang sama dengan kasut kulit sintetik, namun, ia amatlah berbeza. Apabila dipakai, kasut futsal yang diperbuat daripada kulit sintetik berasa lebih fleksibel daripada kasut yang diperbuat daripada sintetik. Walaupun terdapatnya perbezaan antara kedua - dua kasut itu, terdapat juga persamaan. Persamaan kedua - dua kasut itu ialah, ia adalah 100% kalis air dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan lain.


4. Mesh/Kain (Model Kasut: Adidas ACE 16.1 Court)



Akhir sekali, ini adalah satu inovasi yang baru di mana syarikat seperti Adidas memperkenalkan panel mesh/kain ke dalam kasut. Tujuan Adidas berbuat sedemikian adalah untuk mengurangkan harga kasut supaya mereka dapat memujuk pelanggan - pelanggan mereka untuk membeli kasut baru yang telah dicipta oleh mereka pada harga yang lebih murah. Selain itu, kasut yang diperbuat daripada mesh/kain juga merupakan kasut yang paling ringan di dunia dan ini akan membantu para pemain untuk berlari lebih pantas di gelanggang futsal tanpa sebarang halangan.

Sunday 2 October 2016

3 Jenis Kasut Futsal Terbaik Di Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Pada hari ini saya ingin bercerita sedikit kepada anda semua tentang "3 Jenis Kasut Futsal Terbaik Di Dunia" dan apa yang membuatkan kasut - kasut tersebut mendapat gelaran "Kasut Futsal Terbaik Di Dunia".

1. Nike Lunargato II



Nike Lunargato II adalah model yang baik yang disyorkan untuk kebanyakan pengguna. Selain itu, kasut ini juga datang dengan penampilan moden yang sangat menarik bagi kebanyakan pengguna. Apa yang membuatkan kasut ini berada di kedudukan yang pertama ialah disebabkan kusyen kasutnya. Kusyen Lunarlon yang terdapat pada kasut ini membantu mewujudkan rasa responsif dalam kasut ini. Selain itu, kasut ini juga diperbuat daripada kulit. Tujuannya adalah untuk memberi penggunanya merasakan fleksibiliti dan kawalan yang terbaik di gelanggang.

2. Adidas Topsala 13



Adidas Topsala 13 dicipta khas untuk pemain - pemain futsal yang suka bermain di gelanggang futsal terbuka dan tertutup. Ianya kerana bahagian atas kasut ni adalah kalis air yang membolehkan semua pengguna menggunakan produk ini tanpa sebarang masalah. Tetapi, apa yang membuatkan kasut ini berada di kedudukan yang kedua ialah disebabkan keringanan kasut ini. Dalam banyak - banyak model Topsala, Topsala 13 merupakan model yang paling ringan kerana ia diperbuat daripada sintetik dan mesh/fabric. Adidas juga telah memperkukuhkan corak kasut ini dengan menggunakan bahan HYBRIDTOUCH dalam pembuatan kasut ini. Ianya bertujuan untuk membuatkan pengguna kasut ini dapat merasakan keselesaan kusyen midsole yang tidak terhingga.


3. X-Munich Gresca



X-Munich Gresca adalah salah satu kasut yang paling popular di Eropah. Selain itu, X-Munich juga mempunyai reputasi untuk melepaskan kasut yang direka khusus untuk pemain yang mengambil permainan mereka secara serius. Gresca adalah model kasut X-Munich yang terkenal dengan banyak pemain Futsal Profesional memilih mereka sebagai pilihan utama mereka. Apa yang membuat kasut ini berada di kedudukan yang ketiga ialah, tapak kasut ini diperbuat daripada getah yang berkualiti tinggi yang membolehkan kasut ini tahan lebih lama daripada kasut futsal lain.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selaku admin kepada blog ini, saya, Muhamad Shahmee Bin Muhamad Saufee ingin mengucapkan Selamat Datang kepada anda semua dan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk mengiklankan perniagaan saya iaitu:


Di Futsal Helper ⚽️, kami membantu anda untuk mecari kasut futsal pada harga yang berpatutan. Selain itu, anda juga boleh meminta kami untuk mencari kasut futsal impian anda yang sudah pupus atau yang sudah tiada di pasaran. Dengan sedikit kepercayaan yang anda beri kepada kami, In sha Allah anda akan dapat apa yang anda ingini. 

Jika anda berminat untuk menggunakan servis kami, anda boleh hubungi kami melalui:

Contact Number: 012 957 3333 (Muhamad Shahmee)
Facebook Page: Futsal Helper (Klik di sini untuk melawat Facebook Page kami)
Instagram: Futsal Helper ⚽️ (Klik di sini untuk melawat Instagram kami)