Monday 3 October 2016

Kenali Bahan & Ketahanan Kasut Futsal Anda

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Pada hari ini saya ingin mencurahkan sedikit ilmu kepada anda tentang bahan yang digunakan untuk membuat kasut futsal dan daya ketahanannya. 


1. Kulit (Model Kasut: Asics Destaque 6K)



Kebanyakan jenama - jenama yang besar seperti Adidas, Nike, Asics dan lain - lain membuat kasut kasut mereka daripada kulit. Terdapat pelbagai jenis kulit yang digunakan untuk membuat kasut futsal. Antaranya ialah, kulit anak lembu, kulit kambing, kulit badak, kulit kangaroo dan lain - lain. Tujuan syarikat - syarikat ini membuat kasut mereka daripada kulit adalah untuk memberi pengguna mereka rasa keselesaan yang semula jadi. Walau bagaimanapun, kasut futsal yang diperbuat daripada kulit tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan lebih cepat rosak kalau dibandingkan dengan bahan yang lain.

2. Kulit Sintetik (Model Kasut: Penalty Esquiva)



Banyak syarikat - syarikat besar kini menyediakan kasut futsal yang diperbuat daripada kulit sintetik. Ianya kerana kasut yang diperbuat daripada kulit sintetik lebih murah untuk dikeluarkan. Justeru, ia juga dapat mengurangkan kos syarikat untuk membuat kasut tersebut. Jika dilihat dengan mata kasar, memang sukar untuk membezakan kasut yang diperbuat daripada kulit dengan kasut yang diperbuat daripada kulit sintetik melainkan seseorang itu cuba untuk memakai kasut tersebut. Tujuan syarikat - syarikat tersebut membuat kasut mereka daripada kulit sintetik adalah untuk memberi pengguna mereka kepuasan apabila mereka memakai kasut tersebut kerana rasanya apabila dipakai tidak jauh beza dari memakai kasut yang diperbuat daripada kulit. Tambahan pula, kasut yang diperbuat daripada kulit sintetik adalah kalis air dan ia mempunyai daya ketahanan yang tinggi jika ia dibandingkan dengan kasut futsal yang diperbuat daripada kulit. 

3. Sintetik (Model Kasut: Hummel Aerato)



Selain kulit dan kulit sintetik, syarikat - syarikat seperti Hummel, Desporte, Nike, dan lain - lain juga ada mengeluarkan kasut futsal yang diperbuat daripada sintetik. Walaupun ianya berbunyi lebih kurang sama dengan kasut kulit sintetik, namun, ia amatlah berbeza. Apabila dipakai, kasut futsal yang diperbuat daripada kulit sintetik berasa lebih fleksibel daripada kasut yang diperbuat daripada sintetik. Walaupun terdapatnya perbezaan antara kedua - dua kasut itu, terdapat juga persamaan. Persamaan kedua - dua kasut itu ialah, ia adalah 100% kalis air dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan lain.


4. Mesh/Kain (Model Kasut: Adidas ACE 16.1 Court)



Akhir sekali, ini adalah satu inovasi yang baru di mana syarikat seperti Adidas memperkenalkan panel mesh/kain ke dalam kasut. Tujuan Adidas berbuat sedemikian adalah untuk mengurangkan harga kasut supaya mereka dapat memujuk pelanggan - pelanggan mereka untuk membeli kasut baru yang telah dicipta oleh mereka pada harga yang lebih murah. Selain itu, kasut yang diperbuat daripada mesh/kain juga merupakan kasut yang paling ringan di dunia dan ini akan membantu para pemain untuk berlari lebih pantas di gelanggang futsal tanpa sebarang halangan.

No comments:

Post a Comment