Monday 3 October 2016

Cara Penjagaan Kasut

Assalamualaikum semua! Pada hari ini yang indah ini saya ingin memberitahu anda tentang cara penjagaan kasut futsal untuk kaki futsal di luar sana. Untuk menjamin kasut anda berada dalam kondisi yang baik, anda perlu menyediakan barang - barang seperti dalam senarai dibawah:

1. Kain basah.
2. Kain kering.
3. Gel silika.
4. Spring kasut.
5. Kiwi kasut.
6. Kotak kasut.

Pertama, untuk mengelakkan kasut anda dari berbau selepas bermain futsal, anda dikehendaki memakai stokin. Pakailah stokin yang mahal kerana ia menyerap lebih banyak peluh daripada stokin yang murah. 

Kedua, selepas habis bermain futsal, anda dikehendaki untuk menggunakan kain basah untuk mengelap kasut futsal anda. Lap seluruh kasut termasuk tapaknya sekali. Untuk keringkan kasut anda, anda boleh membiarkan untuk kering di kawasan bersuhu bilik ataupun anda boleh mengelapnya menggunakan kain kering. Elakkan dari menjemur kasut anda di bawah cahaya matahari atau menggunakan alat pengering kerana ia akan menyebabkan kasut anda menjadi longgar dan tapak kasut anda akan tercabut.

Ketiga, untuk mengelakkan kasut anda dari berbau selepas dilap menggunakan kain basah, anda perlu meletakkan 2 gel silika. Fungsi gel silika adalah untuk menyerap kelembapan yang terdapat di dalam kasut. Gel silika tersebut boleh didapati di dalam kotak kasut futsal anda.

Keempat, sambil menunggu untuk gel silika tersebut untuk menyerap kelembapan, anda perlu menggunakan spring kasut untuk mengekalkan bentuk kasut anda. Spring kasut boleh didapati di mana - mana kedai sukan. Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk menjumpai spring kasut, anda boleh menggunakan kertas surat khabar. 

Kelima, untuk kasut futsal yang diperbuat daripada kulit, anda dikehendaki untuk menggunakan kiwi kasut untuk mengekalkan warnanya. Fungsi kiwi kasut adalah untuk melembapkan kulit kasut anda dan untuk mengelakkan kasut futsal anda daripada mereput. 

Keenam, setelah anda telah mengikut semua langkah - langkah penjagaan kasut, untuk langkah yang terakhir, anda boleh meletakkan kasut anda di dalam kotak asalnya ataupun anda boleh meletakkannya di rak kasut supaya ia sentiasa berasa dalam keadaan yang tersusun.

No comments:

Post a Comment